Lobi lif jadi gelanggang tembak-menembak

  • 30 Dec 2021
  • 275 views

Setiap malam Jumaat, sebuah lobi lif di satu blok di Pasir Ris akan berubah menjadi gelanggang permainan tembak-menembak bagi lima beradik. Siap dengan peralatan peribadi dan senapang mainan Nerf yang menggunakan peluru lembut, permainan yang dicipta si ayah itu merupakan satu aktiviti bagi membina semangat kerjasama antara anak-anaknya. Keluarga itu yang juga mengajar kelas seni pertahanan turut mempunyai hubungan rapat dengan jiran mereka, bahkan jiran-jiran mereka rasa kagum terhadap semangat mereka melakukan aktiviti sekeluarga itu setiap Khamis dan hujung minggu tanpa gagal.