Wawancara bersama PM Lee: Dua dekad sebagai Perdana Menteri

  • 11 May 2024
  • 79 views

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah mengadakan sesi wawancara dengan media setempat. Wawancara itu diadakan menjelang peralihan pucuk pimpinan Singapura pada 15 Mei, apabila Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dalam satu majlis di Istana. Wawancara lebih dua jam itu melibatkan empat karyawan media – Editor Berita (Berita Harian), Encik Nazri Hadi Saparin; Koresponden Politik Kanan (The Straits Times), Cik Tham Yuen-C; Penyampai (CNA), Cik Dawn Tan; dan Penerbit (Berita Tamil dan Ehwal Semasa, Mediacorp), Cik Melissa Manuel. Sesi yang diadakan dalam bahasa Inggeris itu meliputi pelbagai topik termasuk ehwal luar, ekonomi, perpaduan rakyat termasuk sumbangan masyarakat Melayu/Islam, jaringan keselamatan dan politik yang baik. Ikuti wawancara bersama Encik Lee: 00:29 - Transformasi dasar asing Singapura sejak 20 tahun lalu 08:27 - Hubungan dengan Malaysia dan Indonesia 13:33 - Hubungan Amerika-China 19:37 - Dihormati di mata dunia, terus perjuang kepentingan negara 24:58 - Bakat asing 32:47 - Peluang bagi generasi muda38:38 - Peluang bagi pekerja matang 42:59 - Pembelajaran sepanjang hayat 46:12 - Globalisasi 51:02 - Kerjasama Asean 56:05 - Konflik Myanmar 59:44 - Menghargai sumbangan generasi demi generasi 1:03:38 - Waspada terhadap negara kebajikan 1:12:20 - Harungi masa sukar bersama 1:17:24 - Yakin DPM Wong, pemimpin 4G terus pererat hubungan dengan masyarakat Melayu/Islam 1:18:26 - Isu Jemaah Islamiyah, perpaduan antara cabaran sukar dan sensitif ditangani 1:21:29 - Perpaduan Singapura lebih kukuh sebahagian besar kerana masyarakat Melayu/Islam 1:24:22 - PM Lee faham sentimen masyarakat Islam di Singapura tentang situasi di Gaza 1:30:45 - Pencapaian masyarakat India Singapura 1:34:22 - Individu Penting Dari Segi Politik (PSP) 1:43:54 - Perkauman dan diskriminasi 1:49:33 - Transformasi Parti Tindakan Rakyat (PAP) 1:53:20 - Lebih banyak suara alternatif di Parlimen 2:03:37 - Sokongan bagi PAP 2:05:54 - Menarik minat orang muda untuk ambil tahu tentang politik 2:10:40 - PM sebagai ‘pempengaruh media sosial’ 2:12:12 - Tugas seterusnya dalam Kabinet 2:13:15 - Bagaimana PM Lee mahu diingati selepas ini? Video: STvideo/ Prime Minister's Office Penyunting Video: Amira Syaheera Azlan